AYAT AL- QURAN & HADITH

 

1. AYAT AL-QURAN 

Orang yang bertakwa adalah selalu menjaga kebersihan
Allah SWT berfirman dalam quran surah Maryam ayat 13 yang bermaksud:

"Dan rasa belas kasihan yang mendalam dari sisi Kami dan kesucian (dan dosa). Dan ia adalah seorang yang bertakwa."

Menjaga kebersihan adalah bentuk kewajipan dari Allah SWT. Oleh itu, menjaga kebersihan pula hanya dilakukan bagi orang-orang yang bertakwa.
Itulah sederet ayat-ayat di Alquran yang membahas tentang pentingnya menjaga kebersihan. Semoga kita semua selalu menjaga kebersihan,


2. HADITH MENGENAI KEBERSIHAN 

 1. Disukai Allah SWT :

Hadits tentang kebersihan berikutnya yakni bahwa kebersihan sangat dicintai oleh Allah.

 عَنْ صَالِحِ بْنِ أَبِي حَسَّانَ قَال سَمِعْتُ سَعِيدَ بْنَ الْمُسَيَّبِ يَقُولُ إِنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ يُحِبُّ الطَّيِّبَ نَظِيفٌ يُحِبُّ النَّظَافَةَ كَرِيمٌ يُحِبُّ الْكَرَمَ جَوَادٌ يُحِبُّ الْجُودَ فَنَظِّفُوا

 Dari Shalih bin Abu Hassan ia berkata; Aku mendengar Said bin Al Musayyab berkata; "Sesungguhnya Allah Maha Baik, dan menyukai kepada yang baik, Maha Bersih dan menyukai kepada yang bersih, Maha Pemurah, dan menyukai kemurahan, dan Maha Mulia dan menyukai kemuliaan, karena itu bersihkanlah diri kalian, " (HR. Tirmidzi) [No. 2799 Maktabatu Al Maarif Riyadh] .



KISAH YANG BERLAKU PADA ZAMAN NABI 

Pada zaman Rasulullah SAW, ada seorang wanita berkulit hitam bernama Ummu Mahjan. Dia sering membersihkan Masjid Nabawi. Abu Hurairah menceritakan bahawa satu hari Rasulullah SAW bertanyakan tentang Ummu Mahjan yang tidak kelihatan sekian lama dan para sahabat memberitahu beliau telah meninggal dunia.

Baginda berkata, “Mengapa kalian tidak memberitahuku?”. Seolah-olah mereka meremehkan kematian wanita itu.

“Tunjukkan aku kuburnya,” pinta Baginda.

 

Mereka menunjukkan kubur Ummu Mahjan lalu Rasulullah SAW pun bersolat jenazah dan kemudiannya Baginda berkata lagi, “Ahli kubur ini dilitupi kegelapan. Namun, Allah meneranginya sebab solat dan doaku kepada mereka.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud, “Barang siapa yang mengeluarkan kotoran dari masjid maka Allah akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.” (Riwayat Ibnu Majah). Jika kita dapat melihat sebuah rumah yang menanti di syurga untuk mereka yang sentiasa menjaga kebersihan masjid, pasti ramai yang berebut-rebut menawarkan diri untuk membersihkan masjid. 


No comments:

Post a Comment

Cara Mengatasi Masalah tandas surau yang kotor dan kurang diselenggarakan

  PENGAJIAN ISLAM (MPU23012) USTAZAH ALINAWATI AB. AZIZ @ KAMARULZAMAN TAJUK :  ANTARA ISU YANG KERAP BERLAKU DIKALANGAN MASYARAKAT ADALAH T...