Pada masa kini terdapat isu dalam kalangan masyarakat mengenai tandas masjid yang kotor dan kurang diselenggarakan.Perkara ini terjadi kerana terdapat sekolongan masyarakat yang kurang mempuyai sifat tanggunjawab dalam diri mereka kerana mereaka hanya menggunakan tandas masjid sebagai tempat persinggahan mereka untuk membuang air sahaja.Selain itu mereka juga berpendapat bahawa tugas membersihkan tandas masjid ini adalah imam masjid atau ahli ahli masjid sahaja jadi mereka mengambil hal ini sebagai hal yang tidak penting dan bukan kerja mereka untuk membersihkan tandas masjid.Dengan adanya masyarakat seperti ini tandas akan menjadi kotor dan timbul masalah yang lain seperti tandas tersumbat, pam tidak berfungsi.Tambahan pula dengan kedatangan Ramadan dan Syawal, lebih ramai umat Islam akan menjadikan masjid serta surau sebagai tempat beribadah dan persinggahan.
Masjid yang selesa dan bersih penting untuk mencapai matlamat ibadat yang sempurna. Fungsi utama masjid adalah sebagai tempat beribadat. Ia juga dipanggil dengan nama Baitullah atau rumah Allah. Ia sebenarnya mempunyai fungsi yang lebih besar untuk dimanfaatkan, bukan sahaja sebagai tempat beribadah, malah juga sebagai pusat aktiviti masyarakat. Tidak guna mempunyai surau dan masjid yang cantik dan gah, jika kebersihan tidak dijaga. Menjaga kebersihan masjid adalah tanggungjawab semua pihak agar kesuciannya sentiasa terpelihara sama ada di dalam masjid atau di sekitarnya.
No comments:
Post a Comment