1.TIDAK SENGAJA MAMBAWA NAJIS KETIKA MENUNAIKAN IBADAH
Kebersihan tandas masjid amat penting dan haruslah sentiasa berada dalam keadaan yang bersih untuk membantu jemaah supaya dapatmenunaikah ibadah dengan sempurna.Bayangkan jika tandas masjid tidak diurus dengan baik,kotor dan mempunyai pelbagai kerosakkan tanpa dibaiki dan tiada tindakan yang berlaku.Maka berkemungkinan besarjemaah yang menunaikan ibadah di masjid itu akan membawa najis masuk ke ruang solat masjid dan juga boleh menyebabkan solat mereka tidak sah keranan mempunyai najis di badan mereka. Hal ini bukan sahaja boleh berlaku kepada kanak-kanak, malah orang tua juga boleh terbawa najis ke ruang solat kerana menggunakan tandas yang tidak diurus dengan baik.
Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: "Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan." (Surah al-Muddaththir, ayat 4)
2.MASALAH TIADA BEKALAN AIR
Ada juga tandas masjid yang rosak atau tidak ada air. Tiada notis pemberitahuan yang diletakkan pada pintu tandas kerana tidak ada orang yang mengambil berat mengenai keadaan dalam tandas. Mungkin jemaah tidak dapat mengurus najis mereka lalu membiarkannya tanpa rasa bertanggungjawab.Akhirnya keadaan tandas menjadi kotor lebih-lebih lagi apabila ramai musafir singgah untuk menunaikan solat dan menggunakan kemudahan tandas.Pihak ajk masjid atau pihak yang bertanggungjawab haruslah membuat nota seperti simbol tiada air jika berlaku perkara yang tidak diingini ini
No comments:
Post a Comment