Pertama ialah jangan
jadikan masjid dan surau sekadar tempat untuk kita buang air apabila dalam
perjalanan.Ketika menggunakan tandas atau bilik air, bersihkanlah bilik air yang
digunakan dengan menyiram sedikit lantainya untuk mengelakkan bau yang tidak menyenangkan dan kotoran di tandas masjid.
Seterusnya ialah jangan
jadikan masjid dan surau tempat rekreasi dan lawatan semata-mata. Apabila kita
singgah masjid dan surau jangan jadikan ia tempat anak-anak kita bermain-main
di dalam dan di luar masjid.Apa
salahnya kita yang sihat ini membersihkan sedikit kawasan masjid dan surau
walaupun ia bukan masjid kariah kita kerana masjid di seluruh dunia ini adalah
rumah Allah.Orang yang menjaga kebersihan masjid, meskipun hanya
dengan membuang kotoran sebesar biji sawi yang ada di masjid , maka dosanya akan diampuni oleh
Allah.
Selain itu ialah dengan mengadakan
solat hajat, menyediakan tabung untuk membeli peralatan alatan perbaiki dan membersih
masjid dan tandas masjid.Akhir sekali ialah dengan mengedarkan
pamplet kepada masyarakat yang tinggal berhampiran masjid atau orang kampung untuk adakan gotong royong membersihkantandas dan kawasan masjid.
No comments:
Post a Comment