FAKTOR YANG MENYEBABKAN TANDAS MASJID KOTOR

  

 


Antara faktor yang menyebabkan tandas masjid kotor dan kurang diselenggarakan ialah sesetengah masjid kurang digunakan dan hanya digunakan pada hari yang tertentu sahaja seperti hari raya aidilfitri, majlis berbuka puasa atau pada hari raya aidil adha lebih- lebih lagi apabila masjid tersebut berada di kawasan pedalaman dan jarang digunakan oleh orang lain kecuali penduduk kampung itu sahaja.Apabila tandas masjid kotor maka tiada sesiapa yang akan menggunakannya kerana ia mendatangkan bau yang tidak menyenangkan.

Selain itu ialah kos penyelenggaraan dan membaik pulih tandas yang rosak mengambil kos yang banyak untuk digunakan.Hal ini menyebabkan mereka membiarkan sahaja tandas yang rosak itu dan tidak mengambil tindakan yang sepatutnya mereka lakukan.Oleh itu masyarakat haruslah membuat tabung masjid dan menyumbangkan sedikit sebanyak bantuan supaya ahli masjid mempunyai wang untuk membeli peralatan baharu dan alat penyelanggaraan supaya tandas masjid boleh digunakan seperti sediakala.

Seterusnya ialah kurang pemantauan dan penyelenggaraan juga kerap berlaku di tandas masjid terutamanya kawasan yang terpencil.Pihak yang bertanggungjawab haruslah membuat pemantauan tentang keadaan tandas supaya pengaliran air berjalan dengan lancar dan tidak bertakung.Tangki septik hendaklah diselenggara secara berkala. Untuk tangki septik yang menggunakan sistem pam, ianya perlu diselenggara mengikut keperluan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan masjid. Bagi tangki septik konvensional, ianya perlu diselenggara setiap enam bulan atau mengikut kapasiti penggunaan bagi sesebuah masjid.


No comments:

Post a Comment

Cara Mengatasi Masalah tandas surau yang kotor dan kurang diselenggarakan

  PENGAJIAN ISLAM (MPU23012) USTAZAH ALINAWATI AB. AZIZ @ KAMARULZAMAN TAJUK :  ANTARA ISU YANG KERAP BERLAKU DIKALANGAN MASYARAKAT ADALAH T...